Senin, 12 Januari 2015

MALU SEORANG MUSLIMAH



Malu Seorang Muslimah

Seorang wanita yang mempunyai sifat malu akan menjaga dirinya sebaik mungkin. Menjaga kehormatan dan maruah diri, menjaga penampilan, menjaga pergaulan dan peribadinya. Kerana sifat malu adalah perasaan yang dapat membenteng seseorang daripada melakukan perkara yang dapat menghancurkan dan memusnahkan maruah diri dan agamanya.

Dimana Malumu?

Malu memang sifat seorang perempuan, sifat seorang wanita. Tapi bukan semua wanita punyai sifat malu.Ramai dikalangan wanita sudah hilang malu dalam dirinya. Mereka sudah tidak malu 'menelanjangkan' diri walaupun berpakaian. Melalui laman sosial facebook contohnya, wanita sengaja mendedahkan gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat, berposing maut dan sebagainya. Melalui pemakaian pula, mereka memakai pakaian seksi, ketat dan menampakkan tubuh badan. Dan bukankah ini boleh dikatakan 'membogelkan diri'? "Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan agama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerahkan diri"
-Puteriku Sayang nyanyian Hijjaz-

Wahai saudari, ingatlah kamu diperhatikan hakikatnya.
Diperhatikan oleh Allah dan para malaikat untuk dinilai buat tuaian ladang akhirat.
Diperhatikan oleh manusia untuk dicontohi. Diperhatikan juga oleh musuh untuk dipergunakan.

Kerana malu itu perisai orang beriman!
Saudari, malu adalah kunci segala kebaikan. Maka, tanamlah sifat malu itu dalam dirimu. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya" [Riwayat Bukhari]


@insta_dakwah